PELIK ATAU TIDAK?

percaya atau tidak bahawa dunia ini mempunyai banyak benda yang pelik... kadang2 tak terfikir ia wujud.. jom kita tengok gambar2 di bawah...




haa, cube teka ni ape? jawapannya ubi




haiwan pelik




ini pun boleh di kategorikan pelik


fesyen





terlampau berani










tandas moden






Posted on Friday, October 16, 2009 by ateeq and filed under | 0 Comments »

CUTI-CUTI PENANG

salam semua... hujung minggu dah tiba. kepada penganut agama hindu, happy deepavali aku ucapkan.. well, hujung minggu ni tak tahu nak buat. mungkin prepare untuk final dan siapkan assignment. aku sebenarnya baru je balik dari bercuti selama 4 hari di penang.

actually, aku  tak penah pegi pun penang. ni la first time dlm idup.. nama je org malaysia kan.. hehe.. so, bila dpt pegi tu rasa la excited juga. boleh la release tension... sambil cari semangat baru..

trip aku ni sebenarnya ke sana atas dasar projek kelas tapi ia jadi lebih santai dan rileks je. nak tahu kenape? sebab kitorang ni amik course peruncitan so keje tiap2 hari jalan kat shopping mall je.. x boring le jadinya. sambil menyelam dapat minum air.

ni plak beberapa keping gambar kitorang kat sana..



kul 7.30 pagi sebelum bertolak


kat bilik, hotel d'feringgi


lawatan pertama di kilang RADIX cola


mcm ni rupanya ia di proses


penerangan oleh wakil RADIX

bersiar di taman rama2


kawan2 ku yg sedang bergambar


posing jap.. hehehe



rama2 suka bertenggek kat aku.. mungkin sebab pakai baju color merah


pig nose turtle.. ish2.. sian die dapat nama camtu

ini pula bukannya daun, tapi sejenis binatang... sebijik cam daun kan?






menjamu selera di Radix Fried Chicken... sama cam KFC


masjid di jalan kapitam keling

seorang ucle yg sempat kami interview tentang perniagaannya di tempat bersejarah


jamu selera di line clear..


padang kota




layan je la.......


mee udang RM8 kat padang kota... patut ke?


ke kiri atau ke kanan?




saya lah ateeqkapcai... hehe

Posted on Friday, October 16, 2009 by ateeq and filed under | 0 Comments »

MANUSIA @ BINATANG?

salam semua.. lama tak menulis di blog, maklum saja.. busy yang teramat. ptg ni aku cuba curi masa.. mgkin ada yg terkejut dgn tajuk entri yg agak kasar, tp itulah hakikatnya dunia sekarang. aku cukup tersentuh hari ni bila baca metro online psl nenek tua yg di bunuh kejam.. manusiakah kita sampai sanggup buat begitu?


dan gambar2  ni juga mgkin boleh mengiyakan persoalan itu... nauzubillah..










SELEPAS sekian lama tidak mendapat liputan media massa, jenayah buang bayi kini kembali menjadi penghias muka depan akhbar utama. Hakikatnya, perbuatan kejam itu tidak akan berhenti selagi ada manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah insaf daripada noda yang dilakukan.

Selepas berseronok melakukan hubungan zina diharamkan, mereka terbabit pula melakukan pembunuhan kejam. Malah, bagi mereka buang bayi tidak ubah seperti buang sampah yang sudah busuk dan tidak lagi diperlukan.

Amalan hina itu lebih buruk daripada binatang dijadikan Allah dengan rasa kasih sayang dan belas kasihan terhadap darah daging sendiri. Bimbang malu atas keterlanjuran tidak boleh sama sekali dijadikan alasan untuk membunuh nyawa yang tidak berdosa. Malah, keadaan itu mendedahkan pelaku kepada jenayah membunuh dengan sengaja lalu mengundang kemurkaan Allah.


Masyarakat Arab jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW pernah membunuh anak perempuan kerana malu dan dianggap tidak setanding dengan anak lelaki yang gagah dan boleh diajar berperang.


Hal ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang dia menahan perasaan marahnya dalam hati. Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (dia beroleh anak perempuan sambil dia berfikir), adakah dia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau dia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu." (Surah al-Nahl, ayat 58-59)


Tetapi kini, kejahatan manusia melampau naluri semula jadi seorang ibu yang sepatutnya menjadi belas serta sayang terhadap anak dilahirkan. Jantina bayi tidak lagi menjadi perhitungan, malah jika yang lahir pondan sekalipun, mahu dibuang atau dibunuh tetap akan dilakukan.


Ada dibuang dalam lubang tandas, ditinggalkan di tepi semak, tempat pembuangan sampah, dicampak dalam longkang dan terbaru seorang bayi seberat 3.05 kilogram ditemui ditinggalkan semalaman di perhentian bas sehingga dikerumuni ribuan semut.


Manusia jenis apakah tergamak melakukan perbuatan keji seperti itu. Sungguh ia perlakuan manusia dirasuk iblis hingga akal tidak lagi dapat berfungsi dengan sempurna
Posted on Wednesday, October 14, 2009 by ateeq and filed under | 0 Comments »